WASHINGTON, 14 MAC – Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) kelmarin melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, didorong oleh fenomena pengembangan terma air laut serta pencairan lapisan ais dan glasier, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut analisis NASA, kadar kenaikan tahunan paras air laut tahun lalu ialah 5.9 milimeter berbanding jangkaan 4.3 milimeter, menjadikan 2023 sebagai tahun paling panas dalam rekod.
Secara keseluruhan, kadar kenaikan paras laut meningkat dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun, dengan paras laut global meningkat sebanyak 10 sentimeter (cm) sejak rekod satelit mengenai ketinggian paras laut bermula pada 1993.
“Kenaikan yang kita lihat pada 2024 lebih tinggi daripada jangkaan.
“Setiap tahun ada sedikit perbezaan, tetapi apa yang jelas ialah paras lautan terus meningkat dan kadar kenaikan semakin pantas,” kata penyelidik di Makmal Pendorongan Jet NASA, Josh Willis. – Bernama
