Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NASA, SpaceX lancar misi penggiliran Crew-9

    LOS ANGELES, 29 SEPT – NASA dan SpaceX melancarkan misi penggiliran kru baharu dari Florida, Amerika Syarikat (AS) ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kelmarin, lapor Xinhua.

    Misi yang diberi nama kod ‘Crew-9’, membawa angkasawan NASA Nick Hague dan kosmonaut Roscosmos Aleksandr Gorbunov ke ISS. Ini merupakan misi penggiliran kru komersial kesembilan NASA dengan SpaceX.

    Roket SpaceX Falcon 9 menghantar anak kapal menaiki kapal angkasa Dragon dari Stesen Tentera Angkasa Cape Canaveral di Florida pada 1:17 tengah hari Waktu Timur (1817 GMT) kelmarin. Kapal angkasa itu dijadualkan berlabuh di ISS pada 5:30 petang Waktu Timur (2230 GMT) hari ini, menurut NASA.

    Ahli Crew-9 akan menjalankan lebih 200 penyelidikan saintifik yang melibatkan kajian pembekuan darah, kesan kelembapan ke atas tumbuhan yang ditanam di angkasa lepas dan perubahan penglihatan pada angkasawan, kata NASA.

    Kapal angkasa itu dijangka kembali ke bumi pada Februari depan bersama angkasawan Crew-9, serta angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore, yang berlepas ke stesen itu pada Jun menggunakan Boeing Starliner namun mengalami kerosakan dan sejak itu telah terkandas di angkasa. – Bernama

    Roket SpaceX Falcon 9 yang membawa angkasawan Gorbunov dan Hague berlepas dari Kompleks Pelancaran Angkasa Lepas 40 menuju ke ISS pada 28 September di Cape Canaveral, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda