WASHINGTON, 3 MEI – Perlumbaan kereta auto Amerika Syarikat (AS), closed-cockpit style yang merupakan siri permotoran paling popular di AS, akan menamatkan perintah berkurung sejak penularan wabak COVID-19 pada bulan Mei dengan empat perlumbaan selama 11 hari.
National Association for Stock Car Auto Racing (NASCAR) mengumumkan baru-baru ini bahawa NASCAR akan kembali pada 17 Mei di Darlington Raceway, begitu juga dengan sukan seni mempertahankan diri UFC, antara sukan di AS yang akan kembali berikutan virus yang telah menjejaskan acara sukan di seluruh dunia.
Semua perlumbaan Piala NASCAR akan diadakan tanpa penonton, termasuk perlumbaan pada 17 Mei 400 batu dan pada 20 Mei lebih 500km di Darlington berdekatan Florence, Carolina Selatan, dan perlumbaan pada 24 Mei lebih dari 600 batu dan 27 Mei lebih 500km di Charlotte Motor Speedway di North Carolina.
Trek kosong itu juga akan menjadi tuan rumah acara dalam siri perlumbaan kereta auto peringkat kedua NASCAR serta perlumbaan trak dalam acara NASCAR sejak 8 Mac di Phoenix.
Perlumbaan pertama Charlotte adalah salah satu acara utama NASCAR, Coca-Cola 600, sempena tradisi sambutan Memorial Day untuk musim ke-60 berturut-turut.

Tidak ada jadual lebih lanjut diumumkan, walaupun NASCAR mengatakan ia merancang untuk melengkapkan slot penuh sebanyak 36 perlumbaan pada 2020.
“NASCAR dan pasukannya bersemangat untuk kembali ke perlumbaan dan sangat menghormati tanggungjawab mereka apabila kembali ke persaingan,” kata naib presiden eksekutif NASCAR Steve O’Donnell.
“NASCAR akan kembali dalam persekitaran yang akan memastikan keselamatan para pelumba, pegawai dan semua pihak serta komuniti yang terlibat, kami berharap dapat bergabung dengan peminat kami yang bersemangat dalam menyaksikan kereta kembali ke trek.”
NASCAR mengatakan telah melaksanakan panduan kesihatan dan keselamatan setelah perbincangan dengan pegawai kesihatan awam dan pakar perubatan, sebelum menjalankan perlumbaan dan mengikuti peraturan kerajaan dan daerah ditambah dengan saranan oleh Pusat Pengendalian Penyakit.
Protokol penjarakan sosial akan dilaksanakan dan penggunaan peralatan pelindung diri adalah wajib semasa acara berlangsung. – AFP