NEW YORK, 27 SEPT – Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash tidak memandang serius permintaan tukar-beli Kevin Durant pada Isnin, menegaskan bintang itu ‘berpandangan sama’ dengan pasukan itu ketika ia bersedia untuk musim baharu.
Durant mengejutkan bola keranjang pada Jun selepas meminta pertukaran, kurang daripada setahun selepas dia menandatangani lanjutan kontrak empat tahun AS$198 juta untuk kekal di Brooklyn.
Durant dilaporkan telah mengatakan kepada pemilik Nets, Joe Tsai, sama ada membenarkan permintaannya untuk ditukar atau memecat pengurus Nash dan Nets, Sean Marks.
Kebuntuan itu nampaknya telah diselesaikan bulan lalu apabila Nets dalam satu kenyataan berkata Durant akan kekal bersama kelab itu berikutan perbincangan secara langsung yang jelas. Bercakap pada hari media Nets pada Isnin, Nash berkata permintaan tukar-beli Durant adalah sebahagian daripada lumrah di NBA.
“Setiap keluarga melalui perkara seperti ini,” kata Nash kepada pemberita. “Awda melalui kesusahan, awda melalui perselisihan faham.
“Ini bukan perkara baharu kepada NBA. Ia telah berlaku berpuluh-puluh kali, saya pasti setiap organisasi pernah menghadapinya. Jadi, awda tahu, ia adalah sebahagian daripada proses. Ia adalah sebahagian daripada bekerja dalam perniagaan ini. Ia sangat kompetitif.
“Kami semua bangga. Kami semua mempunyai jangkaan, dan apabila kami kecewa seperti tahun lepas, awda tahu, semua orang kecewa. Kami tenang dan bercakap dan kami mempunyai pendapat yang sama.”
Brooklyn berharap untuk mencabar Kejohanan NBA musim lalu, membina senarai mereka di sekeliling bakat Durant, James Harden dan Kyrie Irving.
Walau bagaimanapun, tiga bintang Nets gagal memberikan yang terbaik, dan Harden telah ditukarkan ke Philadelphia pada Februari.
Nets kemudiannya dikalahkan dalam pusingan pertama playoff oleh Boston Celtics. – AFP