Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasi Tenong tarikan baharu Payang Water Taxi

    Gambar Bernama

    KUALA TERENGGANU – Penumpang bot Payang Water Taxi di Kuala Terengganu ditawarkan dengan tarikan baharu iaitu penyediaan pakej ‘Nasi Tenong’ untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan itu sepanjang Ramadan ini.

    Cas Ligas Sdn Bhd (CLSB), anak syarikat kerajaan Terengganu yang mengendalikan perkhidmatan itu, yakin inisiatif berkenaan mampu memartabatkan tradisi lama ‘tenong’ atau mangkuk tingkat dalam kalangan orang ramai yang menelusuri Sungai Terengganu menggunakan ‘teksi air’ itu.

    “Mangkuk tingkat sinonim dengan masyarakat Melayu lama… kami mahu menyemarakkan kembali penggunaan tenong yang menjadi tradisi orang dulu-dulu,” kata Pengerusi CLSB Zakaria Dagang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan pakej Nasi Tenong baru-baru ini.

    Zakaria berkata pakej itu mengandungi hidangan istimewa seperti ikan baung masak tempoyak dan nasi Arab, namun setakat ini perkhidmatan itu dihadkan untuk 32 penumpang sehari dan mereka yang berminat perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

    Beliau berkata selain pakej Nasi Tenong, orang ramai juga boleh menikmati pengalaman berbuka puasa di atas bot dengan membawa makanan sendiri sambil melihat keindahan jambatan angkat dan beberapa mercu tanda lain negeri ketika menelusuri sungai.

    “Perkhidmatan ini sebenarnya pakej river cruise biasa yang kita tawarkan pada hari biasa tetapi pada Ramadan kita benarkan pelanggan bawa makanan dan hanya kenakan caj antara RM10-RM15,” katanya. – Bernama

    Pengerusi Cas Ligas Sdn Bhd (CLSB) Zakaria Dagang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan pakej Nasi Tenong baru-baru ini.
    ATAS & BAWAH: Penumpang bot Payang Water Taxi menikmati pakej ‘Nasi Tenong’ atau mangkuk tingkat sambil menelusuri Sungai Terengganu.

    Antara hidangan menyelerakan yang ditawarkan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda