Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Nasib 7 pencuri bakal diketahui 20 Februari

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Pendakwa raya telah menghadapkan lebih banyak pertuduhan ke atas tujuh orang lelaki tempatan yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan pecah masuk rumah, curi dan melakukan khianat.

    Hakim Mahkamah Peran-taraan, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menangguhkan lagi kes tersebut sehingga 20 Februari depan bagi pihak pendakwaan mengemukakan hukuman.

    Awangku Abdul Malik bin Pengiran Idrus, 28, Muhammad Irwin Omar, 41; Muhammad Nazeerul Azim Zoelaliffin, 28; Abdul Hafiz Adam, 25; Mohammad Hairul Faizal bin Haji Taim, 38; Mohd Zul Eqram bin Haji Asmad, 39 dan Muhammad Nur Syazwan Suhaili, 34, berdepan hukuman penjara yang panjang dan sebatan.

    Pendakwa Raya Ahmad Firdaus bin Mohammad mendedahkan bahawa lelaki terbabit secara bergilir-gilir memecah masuk rumah, sekolah, tapak kem pekerja binaan, tapak penguraian sisa dan stesen jana kuasa untuk mencuri harta benda.

    Semasa kecurian itu, mereka telah merosakkan harta benda dan menyebabkan gangguan kepada UNN dan Berakas Power Company.

    Kejadian tersebut berlaku di Berakas, Meragang, Bukit Shahbandar, Jerudong dan Bebatik Kulapis antara bulan April dan November 2021.

    Pertuduhan tambahan termasuk beberapa defendan yang didakwa telah mencuri satu set sel bateri daripada sebuah pencawang elektrik yang terletak di Jalan 99, Kampung Rimba pada

    Selain itu, Muhammad Nazeerul Azim juga didapati melarikan diri dari kuarantin di CHAM, Tutong, semasa dia disahkan positif COVID-19, jam 5 petang pada 25 September 2021 untuk pergi ke gedung membeli-belah berhampiran dan membeli pencukur, tanpa mengambil kira kemungkinan menyebarkan penyakit dan membahayakan nyawa.

    Defendan-defenden berkenaan juga telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan tambahan yang dihadapi mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...