Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib dua warga tempatan mencuri diketahui 4 Mac ini

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Nasib dua warga tempatan yang berdepan tuduhan mencuri dan merosakkan harta benda akan diketahui 4 Mac ini di Mahkamah Majistret di sini.

    Harisin bin Haji Raub, 37, dan Norazalina binti Abdullah, 40, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah telah menukar pengakuan kepada ‘bersalah’ atas tuduhan mencuri sebuah kereta di Kampung Sungai Besar pada 7 Januari 2016.

    Harisin juga menukar pengakuan kepada bersalah atas kesalahan mencuri di beberapa buah rumah di Kampung Sungai Liang, Jalan Sungai Bakong Selatan dan Jalan Pantai Sungai Liang.

    Ketika melakukan perbuatannya itu, Harisin turut didakwa merosakkan pintu pada dua buah rumah yang dimasukinya.

    Tarikh sebutan hukuman itu ditetapkan oleh Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Nor’Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda