Monday, February 24, 2025
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib lelaki buat kecoh diketahui 9 November

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Mahkamah Majistret menetapkan 9 November untuk menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki yang membuat kecoh di Pasar Raya Supa Save Julai lalu.

    Tarikh sebutan hukuman ditetapkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Mek Keng Horng, 21, yang hanya mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Akta Ketenteraman Awam dan Akta Penyalahgunaan Dadah.

    Terdahulu, dia juga berdepan tuduhan menceroboh dan merosakkan harta benda.

    Tertuduh diwakili Peguam Syarifah Safina binti Malai Haji Abdul Hamid manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’ Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda