BERLIN, 24 MAC – Bayern Munich dijangka memecat pengurus Julian Nagelsmann, menurut laporan media Jerman kelmarin, dengan pemenang Bundesliga kekal bergelut untuk mengekalkan diri mereka dalam perebutan kejuaraan.
Bekas jurulatih Chelsea dan Borussia Dortmund, Thomas Tuchel adalah pilihan untuk menggantikan Nagelsmann di Bayern, menurut akhbar harian Jerman Bild.
Pemecatan mengejut akan datang dengan pasukan kedua dalam jadual, satu mata di belakang seteru utama Borussia Dortmund dan hanya empat mata di depan pencabar sengit Union Berlin.
Bayern yang memburu kejuaraan Bundesliga ke-11 berturut-turut menerima tamparan hebat apabila mereka tewas 2-1 di Bayer Leverkusen, baru-baru ini.
Selepas perlawanan itu, pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic menyatakan ketidakpuasannya dengan persembahan pasukan itu.
“Kami membiarkan diri kami diatasi oleh pasukan yang bermain pada pertengahan minggu. Itu bukan bererti semangat Bayern Munich,” katanya.
Walaupun prestasi liga mereka tidak memberangsangkan, Bayern kekal dalam pemburuan kempen liga, serta pertandingan piala domestik dan Eropah.
Mereka dengan mudah menewaskan Paris Saint-Germain dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 3-0.
Pasukan Jerman itu akan menentang juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada suku akhir pada April. Dalam Liga Juara-Juara, mereka telah mencatatkan lapan kemenangan berturut-turut menentang pasukan seperti Barcelona, Inter Milan dan PSG.
Bayern hanya bolos dua kali dalam kempen Eropah mereka, menentang pasukan Viktoria Plzen darai Czech Republic.
Pengganti Nagelsmann yang berpotensi, Tuchel memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2021, tetapi tidak mempunyai kelab sejak mening-galkan pasukan Inggeris pada September.
Tuchel telah pun berhubung dengan Bayern dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut majalah sukan Jerman Kicker. – AFP
