Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib penceroboh rumah, bakal diketahui

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Nasib seorang lelaki tempatan Mohammad Azrye bin Latip, 37, akan diketahui esok (Isnin) selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh rumah dan mencuri.

    Pertuduhan daripada pendakwa Ahmad Firdaus Mohammad dan Abdul Musawwir bin Haji Mahli menyatakan bahawa Mohammad Azrye melakukan pencerobohan rumah untuk mencuri dengan memasuki kedai serbaneka di Pekan Muara antara 2 dan 4 pagi pada 7 Julai dan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam di Serasa antara 11 dan 13 Julai.

    Hakim Mahkamah Perantaraan, Hajah Hazarena binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Abu Hurairah akan mempertimbangkan hukuman yang sesuai seperti yang diperuntukkan oleh pertuduhan, masing-masing membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, dan sehingga 10 tahun jika kesalahan adalah kecurian.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda