Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib pencuri diketahui 4 September

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Dua lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri wang dari mesin token dobi dan membantu melakukan curi akan mengetahui hukuman masing-masing pada 4 September 2019 di Mahkamah Majistret.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan tarikh sebutan hukuman terhadap Ahmad Razali bin Ismail, 23, dan Harun bin Mail @ Haji Yusof, 43 tahun.

    Kejadian berlaku apabila kedua-dua tertuduh pergi ke kedai dobi, Kampung Lambak Kanan pada 25 Ogos 2019 kira-kira jam 4:16 pagi.

    Ahmad kemudian bertindak membuka pintu pejabat dobi dan mencuri wang berjumlah $180 dari mesin token.

    Dia melarikan diri dengan menaiki kereta yang dipandu Harun. Wang itu kemudian dibahagi antara mereka. Pekerja dobi yang menyedari wang hilang dari mesin token membuat laporan polis. Kesalahan Ahmad turut dirakam CCTV, yang membawa kepada tangkapan kedua-dua tertuduh. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda