Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib pencuri kereta bakal terjawab

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Seorang pencuri kereta yang mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan akan mengetahui hukumannya pada 4 Jun ini di Mahkamah Majistret.

    Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan tarikh itu buat Ampuan Abdul Wali Al Wali bin Ampuan Abdul Rahman yang mengaku bersalah pada minggu lalu.

    Tertuduh didakwa mencuri beberapa buah kereta di kawasan Daerah Brunei dan Muara dan juga Tutong antara Jun hingga September 2018.

    Tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan curi dan dibebaskan dari penjara pada Februari tahun lalu.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda