BANGKOK, 14 SEPT – Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini, menyatakan bahawa ia akan mengumumkan sama ada Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha yang digantung tugas patut disingkirkan daripada jawatannya, pada 30 September.
Bekas ketua tentera itu, yang memegang kuasa dalam ramapasan tentera 2014, digantung kerja bulan lalu sementara mahkamah tersebut meneliti tuntutan undang-undang yang mempertikaikan bahawa beliau telah mencapai had penggalnya sebagai perdana menteri.
Dalam satu kenyataan, mahkamah tersebut menyatakan bahawa ia akan mengumumkan keputusannya pada 30 September pukul 3 petang waktu setempat. – AFP
