Wednesday, June 26, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Nasib tidak menyebelahi Jun Hao, Jin Wei

    KUALA LUMPUR, 23 MEI – Nasib tidak menyebelahi dua pemain perseorangan Malaysia apabila gagal mara ke suku akhir selepas masing-masing tewas pada perlawanan pusingan kedua kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.

    Perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao akur kepada pilihan ketiga kejohanan Li Shi Feng dari China 15-21, 16-21 manakala perseorangan wanita, Goh Jin Wei pula dikecewakan wakil Thailand, Busanan Ongbamrungphan 10-21, 14-21 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Jun Hao, 25, mengakui serangan daripada lawannya itu sukar untuk ditandingi walaupun pernah berdepan Shi Feng pada aksi Piala Thomas 2024 awal bulan ini.

    “Saya telah cuba untuk mengejar mata tapi mungkin sebab apa yang saya buat belum cukup kuat (atasi lawan),” katanya.

    Ditanya sekiranya beliau berasa ‘susah’ kerana terpaksa berdepan lawan di ranking lebih tinggi pada pusingan awal, Jun Hao berkata ia merupakan satu proses dalam perjalanan menjadi pemain serba boleh dan beliau sendiri kini sudah didedahkan kepada kejohanan tahap tinggi yang lebih kompetitif termasuk Terbuka Singapura, minggu depan.

    Sementara itu, Jin Wei mengakui hilang tumpuan pada aksi menentang Busanan hari ini dan cuba memahami mengapa situasi sedemikian melanda dirinya ketika dalam gelanggang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Serangan pisau di perhentian bas sekolah di China cederakan 3

    BEIJING, 25 JUN - Seorang lelaki ditahan selepas serangan pisau yang mencederakan tiga orang di bandar Suzhou di China, termasuk seorang ibu dan anak...