WASHINGTON, 16 SEPT – TikTok akan cuba meyakinkan mahkamah persekutuan hari ini terhadap undang-undang yang menghendaki aplikasi perkongsian video milik China itu untuk dijual atau berdepan larangan di Amerika Syarikat (AS).
Nasib akses rakyat Amerika kepada TikTok telah menjadi isu yang menonjol dalam perdebatan politik negara itu, di mana calon presiden Republikan, Donald Trump, menentang sebarang larangan aplikasi yang sangat popular itu.
Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, yang bertanding menentang Trump, menandatangani undang-undang yang memberi TikTok tempoh sehingga Januari untuk menjual aplikasi yang dimiliki oleh China itu atau disingkirkan daripada pasaran AS.
ByteDance, syarikat induk TikTok, telah menyatakan ia tidak bercadang untuk menjual TikTok, akan tetapi membuat rayuan undang-undang tentang aplikasi yang tertumpu pada jaminan AS untuk kebebasan bersuara sebagai satu-satunya pilihan untuk terus bertahan.
Larangan mungkin akan mengakibatkan tindak balas yang kuat daripada kerajaan China dan seterusnya merenggangkan hubungan antara AS dengan China.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan AS untuk Washington akan mendengar hujah daripada TikTok, ByteDance dan sekumpulan pengguna berkaitan dengan pelanggaran undang-undang terhadap hak kebebasan bersuara.
Para hakim akan memutuskan kes itu dalam beberapa minggu atau bulan akan datang, tetapi tanpa mengira keputusan mereka, kes itu mungkin akan sampai ke Mahkamah Agung AS. – AFP