Penangan video muzik Forevermore, hampir semua lokasi pilihan Yuna yang melatari klip berkenaan di Perlis, menjadi sasaran peminat hingga mula menimbulkan masalah kepada pemilik premis terbabit. Dalam kes terbaharu, pengusaha sebuah stesen minyak di Kangar, meminta kerjasama penyanyi mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) itu untuk menasihatkan peminat agar tidak memanjat pagar di lokasi berkenaan.