Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    NATO mula latihan nuklear besar-besaran

    BRUSSELS, 14 OKT – Latihan nuklear berskala besar Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dikenali sebagai Steadfast Noon bermula hari ini dengan penyertaan 2,000 anggota tentera dari 13 negara perikatan termasuk 60 pesawat tentera, lapor Sputnik.

    Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte berkata latihan itu akan diadakan di United Kingdom, Laut Utara serta di Belgium dan Belanda, bertujuan mempamerkan kesiapsiagaan NATO untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman musuh.

    Latihan terbabit dijadual berlangsung selama dua minggu, melibatkan lapan pangkalan udara.

    Pesawat pelbagai jenis yang berupaya membawa senjata nuklear, pengebom, pesawat pengiring serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan turut serta dalam latihan ini.

    NATO sebelum ini memaklumkan bahawa latihan berkenaan dirancang lebih dari setahun lalu dan tidak akan melibatkan penggunaan senjata tempur.

    Anggota pasukan pengaman diketuai NATO di Kosovo (KFOR) menghadiri majlis pertukaran perintah di Ibu Pejabat Misi KFOR pimpinan NATO, di Camp Film City di Pristina pada 11 Oktober. – AFP

    Walaupun NATO menganggap latihan ini sebagai latihan yang dirancang, organisasi anti-perang mengkritik pelaksanaannya di tengah-tengah ketegangan antarabangsa.

    Dalam Konsep Strategik NATO, pemimpin perikatan mengesahkan bahawa NATO akan kekal sebagai perikatan nuklear selagi senjata nuklear wujud.

    Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Grushko dalam satu temu bual dengan Sputnik mendakwa bahawa Moscow menyedari bahawa dari sudut ketenteraan-teknikal, NATO sedang bergerak ke arah meningkatkan peranan senjata nuklear dalam strategi perikatan itu.

    Beliau mengingatkan bahawa bekas Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg sebelum ini menyebut mengenai pemodenan senjata nuklear, termasuk bom udara Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di negara-negara Eropah.

    Menurut diplomat itu, Moscow mengambil kira “keseluruhan faktor yang mempengaruhi kestabilan strategik, keselamatan, dan keupayaan pertahanan” dan bagi tujuan ini proses pengemaskinian Dasar Negara Rusia dalam bidang Pencegahan Nuklear sedang berlangsung. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda