Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nauraj cipta rekod kebangsaan

    KUALA LUMPUR, 31 JAN – Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa, yang menyambut hari jadinya yang ke-29 Rabu lalu, memperbaharui rekod kebangsaannya sendiri bagi acara dalam dewan di Kejohanan Indoor Track and Field Vienna 2021 pada Sabtu lalu.

    Nauraj merekodkan lompatan setinggi 2.20 meter (m), lebih 0.01 m untuk mencipta rekod baharu di Austria, menurut keputusan rasmi di http://www.trackandfieldvienna.com.

    Rekod sebelumnya pada 2.19m dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke-21 di Chemnitz, Jerman pada 10 Februari 2019.

    Pencapaian berkenaan juga membantu juara Sukan SEA tiga kali itu untuk menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat gangsa Piala Dunia 2018 Tobias Potye dari Jerman yang membuat lompatan setinggi 2.26m manakala atlet tuan rumah, Lionel-Afan Strasser menduduki tempat ketiga dengan catatan 2.11m.

    Ini adalah kejohanan pertama Nauraj yang berpangkalan di Eropah setelah menunggu hampir setahun kerana pandemik COVID-19. Kali terakhir atlet kelahiran Johor itu bertanding di Sydney Track Classic (acara luar dewan) pada 22 Februari tahun lepas sebelum pandemik tersebut menyebabkan kalendar sukan antarabangsa terhenti. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda