MOSCOW, 28 FEB – Pengkritik Kremlin Alexei Navalny telah dipindahkan ke wilayah Vladimir sekitar 200 kilometer timur Moscow untuk menjalani hukuman penjara selama 2.5 tahun, suruhanjaya awam Moscow yang memantau tahanan hak asasi manusia berkata hari ini.
Penentang Presiden Vladimir Putin yang paling terkenal dijatuhkan hukuman selama 2.5 tahun penjara kerana melanggar syarat pembebasan bersyarat ketika di Jerman selepas pulih dari serangan keracunan.
Selama beberapa hari, sekutunya tidak mengetahui keberadaannya, dengan ketua Perkhidmatan Penjara Persekutuan mengatakan, Navalny telah dipindahkan dari pusat tahanan Moscow ke koloni penjara tanpa memberikan maklumat lebih lanjut.
Laporan berdasarkan sumber yang tidak disebutkan namanya disebarkan di media tempatan pada hujung minggu mengenai kemungkinan lokasi Navalny, sebelum suruhanjaya awam Moscow mengatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa tokoh pembangkang itu berada di sebuah institusi Perkhidmatan Penjara Persekutuan di wilayah Vladimir.
“Kami mempunyai maklumat 100 peratus bahawa Navalny tiba di wilayah Vladimir untuk menjalankan hukumannya,” kata anggota suruhanjaya itu, Alexei Melnikov, kepada agensi berita Inferfax. – AFP