Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Navalny ditahan lagi

    MOSCOW, 24 Sept – Ketua pembangkang Rusia, ditahan hari ini selepas pembebasannya dari penjara susulan menjalani hukuman selama 30 hari kerana melakukan protes tanpa kebenaran, kata jurucakapnya hari ini.

    “Alexei Navalny ditahan di luar pusat tahanan,” kata Kira Yarmysh dalam satu kenyataan di Twitter, sambil menambah bahawa ahli politik itu akan dibawa ke balai polis pusat Moscow.

    Yarmysh berkata Navalny dituduh melanggar undang-undang protes yang berbeza dan akan dipenjara sehingga 20 hari. Tambahnya, Navalny dijangka hadir di mahkamah lewat hari ini. Sebelum ini, Navalny dipenjara selama sebulan akibat protes yang dianjurkannya pada 28 Januari lalu telah melanggar undang-undang ketat Rusia yang melarang sebarang perhimpunan awam tanpa kebenaran dewan bandar. Bagaimanapun, dia menuduh pihak berkuasa menahannya untuk mematahkan tindakannya dari mengadakan perhimpunan pada 9 September terhadap kenaikan usia persaraan kerajaan yang bertepatan dengan pilihan raya tempatan.

    Beribu-ribu penduduk Rusia di seluruh negara membuat protes dan pihak polis telah menahan 150 orang di seluruh negara.

    Anggota polis Rusia menahan ketua pembangkang, Alexei Navalny di luar pusat penahanan di Moscow pada semalam. – AFP

    Ahli politik pembangkang telah mengkritik pembaharuan pencen yang telah menyebabkan kemarahan orang awam yang jarang berlaku di Rusia dan ia menyebabkan penurunan dalam penilaian kelulusan Presiden Vladimir Putin.

    Navalny telah mengadakan beberapa perhimpunan besar di Rusia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Retorik anti rasuahnya sangat popular di kalangan orang muda yang mengikuti blog dalam taliannya.

    Dia disekat daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya presiden Rusia pada bulan Mac lalu dan dihukum penjara selama sebulan pada Jun selepas mengadakan demonstrasi menjelang perasmian tempoh keempat Putin menjadi Presiden Rusia, Mei lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda