Navalny kemungkinan besar diracun – Berlin

BERLIN, 24 OGOS – Kerajaan Jerman pada hari ini mengatakan ‘kemungkinan besar’ ketua pembangkang Rusia, Alexei Navalny, yang dirawat di sebuah hospital di Berlin, telah diracun.

Navalny berusia 44 tahun itu dibawa ke ibu kota Jerman pada Sabtu lalu dari Siberia, di mana dia koma setelah jatuh sakit dalam penerbangan dengan apa yang dikatakan oleh doktor Rusia beliau mengalami gangguan metabolik.

“Kami berurusan dengan seorang pesakit yang kemungkinan diracun,” kata jurucakap Canselor Angela Merkel, Steffen Seibert kepada wartawan. Pengkritik Kremlin dan anti rasuah adalah tokoh pembangkang Rusia yang terkenal, dikejarkan ke rawatan intensif pada Khamis lalu setelah pesawatnya melakukan pendaratan kecemasan di bandar Omsk di Siberia. Penyokongnya mengatakan bahawa mereka percaya Navalny diracun dengan sesuatu di dalam cawan tehnya di lapangan terbang, sambil menuding jari kepada Presiden Vladimir Putin.

Kementerian kesihatan serantau Omsk mengatakan bahawa kafein dan alkohol terdapat dalam air kencing Navalny, tetapi tidak ada racun sintetik yang dikesan. – AFP