Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Navarro mara ke separuh akhir

    LOS ANGELES, 15 SEPT – Pemain kelayakan, Emma Navarro dari Amerika Syarikat (AS) mengecewakan pemain ranking kesembilan dunia, Maria Sakkari dari Greece, setelah menang dengan tie-break pada set ketiga, untuk mara ke separuh akhir WTA Terbuka San Diego, kelmarin.

    Sementara itu, bekas juara Terbuka Australia, Sofia Kenin dan Danielle Collins turut mara ke pu-singan empat terakhir.

    Kenin akan bertemu Navarro yang berada di ranking ke-61, hari ini manakala Collins akan menentang pilihan keempat Barbora Krejcikova dari Republik Czech, yang menang menentang Beatriz Haddad Maia dari Brazil.

    Navarro yang berusia 22 tahun menang 6-4, 0-6, 7-6 (7-4) menentang Sakkari dalam masa dua jam 13 minit.

    Ia merupakan kemenangan pertama pemain itu menentang pemain 10 terbaik dan meneruskan kejohanan bagi juara perseorangan NCAA 2021, yang menyertai perlawanan itu tanpa kalah satu set pun dalam perlawanan kelayakan atau pusingan utama.

    Sakkari mendahului dengan mematahkan servis Navarro untuk mendahului 3-1 pada set pembukaan tetapi kemudian menghadapi kesukaran dengan permainan garisan belakang Navarro yang kuat ketika pemain Amerika itu bangkit untuk mengambil set pertama.

    Pemain Greece itu mendominasi set kedua tetapi Navarro menunjukkan semangat untuk mematahkan servis pertama dalam set ketiga untuk mendahului 3-2, hanya untuk Sakkari mematahkan semula dengan segera.

    Dalam tie-break, Navarro keluar dengan pantas, membuka kelebihan 4-0 dan tidak pernah mundur. – AFP

    Reaksi Emma Navarro semasa perlawanan suku akhir Terbuka Cymbiotika San Diego di Pusat Tenis Barnes pada 14 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...