Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naver didenda AS$23 juta manipulasi hasil carian dalam portal

    SEOUL, 6 OKT – Portal internet terbesar Korea Selatan Naver didenda 26.7 bilion won (AS$23 juta) hari ini kerana memanipulasi hasil carian yang memihak kepada perkhidmatan membeli-belah milik syarikatnya sendiri dalam talian.

    Naver merupakan portal yang setara dengan Google di Korea Selatan, dengan menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk mesin pencarian, portal berita, membeli-belah dalam talian dan blog.

    Ia merupakan syarikat ketiga terbesar dalam bursa saham utama Seoul – di belakang gergasi cip memori Samsung Electronics dan SK Hynix.

    Suruhanjaya Perdagangan Adil Korea (KFTC) mendakwa Naver mengubah algoritma dalam aplikasi itu antara 2012 dan 2015 demi kepentingan dan bagi meningkatkan kedudukannya yang lebih tinggi daripada pesaing lain.

    Pengendali memperkenalkan sistem yang ‘menjamin peratusan tertentu’ hasil carian teratas untuk perkhidmatan membeli-belah syarikat itu sendiri, kata KFTC dalam satu kenyataan.

    Tingkah laku itu adalah “penyelewengan persaingan pasaran … menipu pelanggan yang percaya bahawa mereka telah mendapat hasil carian yang adil,” tambahnya.

    Tindakan ini adalah kali pertama di mana Seoul mendakwa pengendali perkhidmatan pencarian kerana membuat perubahan algoritma untuk kepentingannya sendiri.

    Naver menguasai pasaran carian membeli-belah dalam talian Korea Selatan sehingga 70 peratus.

    Bagaimanapun Naver menolak keputusan itu dan berikrar untuk membuat rayuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda