Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nayeon tenang jawab soalan negatif

    MENDAPAT komen negatif adalah perkara biasa buat selebriti Korea Selatan sehingga ada yang gagal menahan emosi terhadap perkara itu.

    Bagaimanapun, anggota Twice, Nayeon dilihat begitu matang dan profesional dalam menangani komen yang kasar.

    Ia terbukti baru-baru ini apabila dia sempat menjawab beberapa komen negatif yang ditujukan kepadanya.

    Tenang dan cukup beradab, penyanyi itu jelas tidak tergugat emosinya.

    Dalam video berkenaan, Nayeon mengambil keputusan untuk membaca komen peminat yang menyapanya, namun tidak terlepas menerima komen tidak sensitif.

    Nayeon cukup profesional tangani soalan negatif.
    Nayeon cukup profesional tangani soalan negatif.

    Apatah lagi komen berkenaan menyentuh mengenai penampilan serta umurnya.

    Sebagai anggota tertua dalam Twice, dia memang kerap mengusik anggota lain dan menyifatkan mereka sebagai anak damit. Ia membuatkan peminat membalas usikannya itu dan mengejek usianya yang lebih tua.

    Tidak ketinggalan ada yang turut memberikan komen kasar dengan memanggil Nayeon sebagai tidak berguna. Apapun, dia tidak cepat melatah dan memberikan jawapan yang agak mendalam sebagai balasan.

    “Saya bukan orang yang tidak berguna. Adakah mempertahankan diri dengan berkata demikian akan menjadikan saya lebih daripada tidak berguna?” katanya.

    Sejurus dia mula membalas komen peminat, ruangan berkenaan semakin dibanjiri dengan pelbagai soalan dan mereka jadi lebih berani memberi soalan pedas.

    Walaupun mendapat kritikan serta-merta, Nayeon kekal tenang dan kata-katanya teratur biarpun menyedari makin banyak komen tidak sensitif ditujukan kepadanya.

    Malah, dia sempat bergurau mahu tamatkan sesi secara langsung itu kerana terlalu banyak komen kurang ajar. Namun, dia akhirnya memadam komennya itu dan teruskan bersembang dengan peminatnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda