Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nazib Ali muncul juara pertandingan Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Mohammad Nazib bin Haji Ali daripada Pasukan DBos Beys (DB) dinobatkan sebagai juara dan naib juara pertandingan Beyblade X anjuran Jakusha Tour yang diadakan di Kampong Lambak baru-baru ini.

    Juara dan naib juara telah menewaskan Muhammad Norsam bin Md Yusof dari Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB) dan Mohd Azrul Redzuan bin Mohd Tuah dari Pasukan DBos Beys sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah peti ais.

    Manakala di tempat ketiga disandang Mohd Azrul Redzuan bin Mohd Tuah dari Pasukan DBos Beys (DB) setelah berjaya menewaskan Muhammad Norsam bin Md Yusof dari Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB)

    Bagi pemenang sagu hati lapan teratas pula disandang oleh Junaidi bin Mohammad Yussof (BGB), Awang Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah (JB), Aediesopian bin Haji Ismail (JB) dan Mohamad Alim bin Raduan (DB).

    Kedudukan dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025-2026 menyaksikan Pasukan DBos Beys melebarkan jurang dengan 74 mata mengatasi Pasukan Jakusha Bladers yang juga memperolehi 61 mata di ikuti Pasukan Brothers Geng Bladers yang mengutip 60 mata, diikuti Pasukan Undergroundz X mengutip 21 mata.

    Nazib Ali menerima hadiah selaku pemenang.
    Gambar ramai antara pemenang-pemenang. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda