Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nazmi Textile Mall rai ulang tahun ke-20

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Para pelanggan Nazmi Textile Mall Serusop serta orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu telah mendapat kejutan luar biasa apabila mereka diberi air Zam-Zam secara percuma bersempena dengan ulang tahun ke-20 kedai tersebut.

    Nazmi Textile Mall Serusop telah menyambut ulang tahunnya dengan majlis Doa Kesyukuran di premis perniagaan tersebut, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran untuk memperingati ulang tahun ke-20 yang dibacakan oleh Imam Masjid Mohamed Bolkiah Serusop, Haji Muslim bin Haji Abdul Razak.

    Nazmi Textile Mall juga mengadakan promosi jualan bersempena dengan ulang tahunnya hingga 27 Oktober ini di cawangannya di seluruh negara. Daripada sebuah kedai tekstil kecil di Wisma Jaya di tengah Bandar Seri Begawan, ia telah berkembang menjadi Textile Mall dan menjadi barisan hadapan untuk memenuhi keperluan pelanggan setia, dengan sebanyak 11 cawangan termasuk di Tutong dan Kuala Belait sehingga kini.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan dan Nazeer Ahmed Zackriah semasa majlis ulang tahun ke-20 Nazmi Textile Mall. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Pihak pengurusannya juga menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Baginda atas penyediaan lokasi tapak untuk memulakan operasi perniagaan mereka memudahkan perniagaan.

    Sementara itu, Pengarah Nazmi Textile Mall, Nazmi bin Nazeer Ahmad dalam ucapan terima kasih dalam meraikan ulang tahun ke-20 tahun itu juga menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerajaan atas bantuan yang diberikan bagi kelancaran operasi perniagaan mereka.

    “Selama 20 tahun penubuhan Nazmi Textile Mall berada di Negara Brunei Darussalam, kita pun melihat dan merasai ada pasang surut dalam perniagaan. Tetapi Alhamdulillah kita berada di ne-gara yang aman ini, salah satu perkara yang membuatkan kita sama dan sentiasa teguh antara satu sama lain adalah sifat pemeduli dan jua berbahagi rezeki.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda