Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBA: Curry lengkap kontrak mewah

    SAN FRANCISCO, 26 Julai – Golden State Warriors mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan beberapa perjanjian ejen bebas, termasuk kontrak mewah Stephen Curry yang dilaporkan bernilai AS$201 juta.

    Warriors tidak mendedahkan perjanjian mereka dengan Curry, Kevin Durant, Andre Iguadala, Shaun Livingston, Zazah Pacuhlia dan David West.

    Tetapi ejen Curry memberitahu ESPN pada 1 Julai lalu bahawa pemenang NBA MVP sebanyak dua kali itu bersetuju dengan terma-terma perjanjian selama lima tahun yang bernilai AS$201 juta.

    Gambar fail pada 10 November 2016 menunjukkan Stephen Curry ketika beraksi menentang Denver Nuggets dalam saingan NBA. Warriors telah melengkapkan perjanjian mewah dengan Curry, dilaporkan bernilai AS$201 juta. – AP
    Gambar fail pada 10 November 2016 menunjukkan Stephen Curry ketika beraksi menentang Denver Nuggets dalam saingan NBA. Warriors telah melengkapkan perjanjian mewah dengan Curry, dilaporkan bernilai AS$201 juta. – AP

    Ketika itu ia merupakan kontrak termahal dalam sejarah NBA, tetapi sejak itu Houston Rockets telah menandatangani James Harden dengan kontrak lanjutan bernilai AS$228.

    Durant sudah bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun bernilai sekitar AS$53 juta. Kontrak Iguodala pula dilaporkan bernilai AS$48 juta bagi tempoh tiga tahun.

    Beberapa laporan menyatakan Pachulia bersetuju dengan perjanjian bernilai AS$3.5 juta, sementara Livingston bersetuju dengan AS$24 juta bagi tiga tahun. Manakala West pula minimum AS$2.3 juta setahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda