Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBA: Lakers benam Hawks

    LOS ANGELES, 8 Jan – Los Angeles Lakers berjaya menumpaskan sembilan kali kekalahan perlawanan NBA pada Ahad lalu dengan kemenangan 132-113 ke atas Atlanta Hawks.

    Brandon Ingram menjaringkan 20 mata untuk memimpin Lakers, yang tidak memenangi perlawanan sejak kemenangan 20 Disember lalu ke atas Houston Rockets.

    Kemenangan itu menenangkan beberapa kebisingan para peminat yang semakin lantang menyuarakan kegelisahan mereka di sekeliling pasukan muda itu, termasuk komen oleh LaVar Ball – bapa kepada pemain rookie Lakers, Lonzo Ball – yang memberitahu ESPN bahawa jurulatih Luke Walton telah kehilangan keyakinan para pemainnya.

    “Saya tidak setuju dengan itu,” kata Walton ketika ditemubual pada pagi Ahad, memberitahu pemberita bahawa walaupun kekalahan itu banyak, pemainnya telah berusaha sekeras-kerasnya.

    “Perbezaannya menentang Hawks adalah komitmen pertahanan yang menimbulkan peralihan serangan Lakers,” kata Walton selepas kemenangan pasukannya yang sangat diperlukan itu.

    Pemain Los Angeles lakers, Jordan Clarkson cuba membuat jaringan semasa perlawanan menentang Atlanta Hawks pada Ahad. – AP

    “Saya fikir ia mencetuskan segala-galanya bagi kami pada malam ini,” kata Walton. “Sebaik sahaja kami bertindak dan kami bertahan ke belakang dan dapat keluar dan terus berlari … ia adalah baik untuk melihat para pemain untuk kembali ke cara itu di mana pertahanan kami mengatur serangan yang kami lakukan.”

    Lonzo Ball yang bermain hanya perlawanan keduanya selepas tidak bermain enam perlawanan kecederaan di bahu, berada di bawah pemerhatian selepas komen terbaru ayahnya.

    Dia berjaya menjaringkan 13 mata dan mendapatkan 10 rebound serta membuat enam bantuan.

    Apabila dia dikeluarkan dengan baki 2:53, bersama-sama dengan Kyle Kuzma, Larry Nance Jr dan Julius Randle mereka diberikan sorakkan dari para peminat.

    Pada 12-27 Lakers kekal ditangga bawah Western Conference. Tetapi mereka telah menghindari dari kekalahan perlawanan yang paling panjang dalam sejarah NBA itu.

    Dalam perlawanan lain di Western Conference, San Antonio dan Oklahoma City kedua-duanya terpaksa menanggung kekalahan.

    Di Portland, CJ McCollum menjadi penyelamat Trail Blazer dengan jaringan lompat pada masa 5.9 saat sebelum tamat perlawanan dan menumpaskan San Antonio Spurs 111-110.

    Di Phoenix, The Suns bertahan dengan triple-double daripada Pemain Terbaik NBA (MVP) Russell Westbrook untuk mengalahkan Oklahoma City Thunder 114-100.

    Manakala, di Dallas pula, New York Knicks berjaya menghalang kebangkitan Mavericks pada minit akhir untuk meraih kemenangan 100-96, berjaya mematahkan kekalahan ketiga berturut-turut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda