Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBA: LeBron teruskan penguasaan

    LOS ANGELES, 1 April – LeBron James meneruskan penguasaannya ke atas rekod NBA, dengan mengatasi Michael Jordan buat beberapa perlawanan dengan sekurang-kurangnya 10 mata dalam kemenangan pasukan Cleveland Cavaliers 107-102 ke atas New Orleans Pelicans pada Jumaat lalu.

    James tidak mensia-siakan masa untuk melakarkan kejayaan tersebut, melakukannya bagi kali ke 867 sepanjang 15 tahun kerjayanya apabila menyudahkan dengan dunk dengan perlawanan berbaki enam minit pada suku pertama.

    Ia memastikannya 11 mata dalam laluan bagi 27 mata, 11 asis dan sembilan rebound di Quicken Loans Arena

    James diberikan penghormatan ketika perlawanan dihentikan dengan seramai 20,500 penonton memberikan sorakan dan diserahkan bola.

    “Ia berada tempat penyimpanan trofi saya dengan banyak pencapaian sepanjang kerjaya saya,” kata James mengenai bola itu. “Ia adalah masa yang menarik, masa istimewa bukan hanya bagi diri saya tetapi bagi keluarga saya dan bagi ramai kanak-kanak yang menjadikan saya inspirasi untuk mengetahui anda boleh keluar sana dan melakukannya.

    “Anda tahu, dari mana keduduka saya, 30 minit untuk berada di sini, dan statistik selalu bertentangan dengan anda, dan bagi saya untuk berada dalam kedudukan pada hari ini, adalah untuk mencapai sesuatu yang ramai orang fikirkan tidak akan berlaku lagi atau mampu untuk memecahkan rekod seperti itu.

    “Ia terlalu bermakna bagi saya.” Kali terakhir James tidak menjaringkan sekurang-kurangnya 10 mata adalah pada 5 Januari 2007, apabila dia menghasilkan lapan mata menerusi tiga dari 13 jaringan menentang Milwaukee Bucks.

    Jaringan dari Jordan berturut-turut bertahan dari Mac 1986 sehingga Disember 2001. pemain Hall of Fame, Kareem Abdul-Jabbar ditempat ketiga dalam senarai jaringan dua digit dengan 787 perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda