NEW YORK, 8 Nov – Nike berikrar untuk menyelesaikan isu dengan jersi-jersi NBA selepas siri insiden berprofil tinggi menyaksikan jersi terkoyak.
Minggu pembukaan dalam kempen NBA telah menyaksikan banyak insiden jersi terkotak, menyebabkan sakit kepala buat Nike dalam musim pertamanya daripada perjanjian lapan tahun sebagai pembekal jersi liga.
Beberapa orang nama besar dalam liga, termasuk LeBron James dan Draymon Green telah menyaksikan jersi mereka koyak sejak musim bermula.
Minggu lepas, bintang Sixters jersi Ben Simmon hampir koyak sepenuhnya selepas dia berebut bola dalam perlawanan pasukannya menentang Indiana Pacers.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Nike, ia kini berusaha untuk menyelesaikan situasi itu.
“Nike kerap meletakkan atlet di tengah tumpuan dalam semua perkara yang kami lakukan dan kami bekerja keras untuk mencipta seragam yang paling maju dalam sejarah NBA,” kata syarikat itu.
“Ia lebih ringan dan memberikan gerakan lebih baik serta mempunyai ciri menyerap peluh, dan komen balas daripada para pemain begitu positif.
“Namun dalam beberapa perlawanan, kami telah menyaksikan sejumlah pemain mendapati jersi mereka koyak.
“Kami sangat risau untuk melihat adanya koyak pada jersi dalam perlawanan dan kini bekerja keras bagi menyelesaikannya secepat mungkin.
“Kualiti dan prestasi produk kami adalah yang paling penting, dan kami kini bekerjasama dengan NBA dan pasukan-pasukan lain bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi di masa hadapan.” – AFP