Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBA saman Davis AS$50,000

    NEW YORK, 30 Jan – Anthony Davis dikenakan denda sebanyak AS$50,000 oleh NBA setelah membuat permintaan bagi pertukaran secara terbuka, sehari selepas ejennya mendedahkan hasratnya untuk meninggalkan New Orleans Pelicans, semalam.

    Davis, pemain All Star lima kali dan ahli dari skuad pemenang pingat emas Olimpik London 2012, memberitahu pasukan bahawa dia tidak akan menandatangani pelanjutan kontrak dan mahu ditukar ke pesaing NBA lain sebelum berakhirnya musim perpinda-han pada 7 Februari depan.

    Davis melanggar peraturan persetujuan persatuan pemilik pemain yang melarang permintaan pertukaran dibuat secara terbuka.

    Menurut kenyataan ejennya, Rich Paul, menyifatkan denda itu sebagai ‘usaha NBA untuk melemahkan hubungan kontrak di antara Davis dan Pelicans’.

    Pelicans mengesahkan Davis mahu meninggalkan pasukan itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu.

    “Berhubung perbincangan tertentu bagi pertukaran, kami akan melakukan ini dengan syarat dan tempoh yang ditentukan oleh pihak kami. Sesuatu yang dapat diterima bagi kami dan ia tidak ditetapkan oleh mereka yang berada di luar organisasi kami,” kata pasukan itu.

    Davis, pilihan utama dalam Draf NBA 2012, berkongsi di tangga kedua dalam NBA dengan 29.3 mata satu perlawanan dan ketiga dalam liga dengan 13.3 rebound bagi satu perlawanan.

    Pada kedudukan 22-28 dengan tujuh kekalahan dalam lapan perlawanan sebelum ini, Pelicans berada di kedudukan ke-13 dari 15 kelab dalam Western Conference, 5.5 perlawanan di belakang Los Angeles Clippers bagi ke lapan dan tempat playoff terakhir.

    Davis, telah tidak beraksi sejak 19 Januari berikutan kecederaan jari kiri tetapi dijadualkan akan kembali dengan segera dan menjadi ejen bebas pada 2020 dan menandatangani kontrak selama lima tahun bernilai AS$240 juta selepas musim ini. – AFP

    Gambar diambil pada 12 Januari lalu menunjukkan Davis ketika menentang Minnesota Timberwolves di Minneapolis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda