LOS ANGELES, 27 Dis – Pemain penyerang Chicago, Nikola Mirotic diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan 24 mata dan mencetuskan kebangkitan pasukan pelawat Bulls ke atas Milwaukee dengan kutipan 115-106 mata dalam persaingan NBA semalam.
Pemain Montenegro kelahiran Sepanyol itu, 26, menghasilkan 9 dari 18 dari gelanggang, termasuk 4 dari 8 menerusi jarak 3 mata, dan mencatatkan lapan rebounds untuk memastikan Bulls melakarkan kemenangan ke-11 dalam 33 perlawanan.
Bintang dari Greece itu, Antetokuounmpo mendahului Bucks (17-15) dengan 28 mata. J.J. Barea mendahului pasukan Dallas dengan 20 mata dan Dirk Nowitzki menambah 18 mata ketika Mavericks menewaskan pasukan pelawat, Toronto 98-93.
Pasukan Mavericks hanya mencatatkan kemenangan ketiga dalam 11 perlawanan untuk kekal 10-25, rekod yang masih terburuk dalam Western Conference. Pasukan Raptors, diterajui oleh Kirk Lowry dengan 23 mata, menyaksikan enam kemenangan berturut-turut mereka terhenti dan tewas 23-9 dengan hanya kekalahan kedua dalam 14 perlawanan. Jurulatih Raptors, Dwane Casey menyuarakan kekesalan dengan jaringan kelabnya yang mencatatkan 33.7 peratus dari gelanggang.
Tobias Harris menjaringkan 30 mata, 26 darinya pada suku pertama, dan Detroit Pistons menyingkirkan Indiana 107-83. Andre Drummond menambah 21 mata dan 18 rebounds bagi Pistons, yang memenangi untuk kali kelima dalam enam perlawanan. – AFP
