LOS ANGELES, 14 Mac – Kawhi Leonard mengetepikan kesan konkusi baru-baru ini untuk mencatatkan 31 mata ketika Pasukan San Antonio Spurs menewaskan Atlanta untuk menyaingi kedudukan Golden State di kedudukan teratas Western Conference semalam.
Leonard, yang mengalami konkusi selepas pertembungan dengan pemain pertahanan Oklahoma City Thunder, Victor Oladipo pada Khamis lalu, tidak menunjukkan tanda kecederaan ketika dia menerajui Spurs bagi kemenangan 107-99 ke atas Hawks.
Kemenangan itu membolehkan San Antonio rekod 52-14 sama dengan pendahulu Western Conference, Golden State, yang akan menjadi tuan rumah kepada Philadelphia hari ini.
Leonard menerima bantuan dengan jaringan yang dihasilkan dari rakan sepasukan Spurs, David Lee, Danny Green, Patty Mills dan Pau Gasol yang semuanya mencatatkan jaringan dua digit.
Leonard juga menghasilkan lima ‘rebound’ dan empat asis ketika mana Pasukan Spurs mencatatkan kemenangan berturut-turut berikutan kejayaan mereka ke atas Golden State pada Sabtu lalu.

Bagi pasukan Atlanta, Dennis Schroder menerajui jaringan dengan 22 mata, dengan Tim Hardaway menambah 17 mata dan Paul Millsap 16.
Kadangkala Pasukan Spurs berada dalam bahaya, dan melepaskan 23 ‘turnover’ ketika persembahan tidak menentu mereka.
“Semua pasukan melakukan kesilapan, tidak seorang pun beraksi dengan permainan sempurna,” kata jurulatih Spurs, Gregg Popovich. “Tetapi pada keseluruhannya, saya gembira dengan pemain pertahanan kami, dengan fakta kami menterbalikkannya 23 kali dan mengekang Atlanta di bawah 100 mata. Saya gembira kami terus bertahan dan berusaha sepanjang perlawanan biarpun dalam kedudukan sukar dengan bola.”
Leonard sementara itu berkata dia pulih sepenuhnya dari konkusi yang mengakibatkannya untuk mengadu pening kepala dan pandangan kabur di mata sebelah kirinya. – AFP