Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBT Brunei ceriakan anak-anak yatim

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – NBT Brunei terus mengamalkan tradisi memberi kembali kepada masyarakat melalui program amal tahunan tanggungjawab sosial korporat (CSR), membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim yang menghadapi cabaran sosioekonomi.

    Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen syarikat terhadap belas kasihan, sokongan masyarakat dan tanggungjawab sosial.

    Pada tahun ini, kegiatan amal menyaksikan konvoi khas dari NBT Brunei mengunjungi kediaman 12 anak yatim, kelmarin.

    Acara ini bertujuan untuk memberi semangat dan sokongan kepada kanak-kanak tersebut dengan menyediakan sumbangan penting, hadiah perayaan, serta membina hubungan bermakna sambil menghayati makna sebenar Ramadan.

    Konvoi berkenaan merangkumi pengurusan dan kakitangan NBT Brunei dengan diketuai oleh Pengarah Urusan, Haji Ahmad bin Haji Husin yang berkunjung dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan derma yang mengandungi barangan keperluan harian, makanan dan sumbangan kewangan.

    Lebih daripada sekadar amal, inisiatif ini bertujuan membawa kegembiraan, mencipta detik bermakna, dan memupuk rasa kekitaan dalam kalangan anak yatim serta keluarga mereka.

    Haji Ahmad berharap kunjungan ini memberikan kehangatan dan sokongan kepada mereka. Beliau turut menegaskan kejayaan acara ini hasil sumbangan pelanggan, rakan kongsi dan kakitangan NBT yang turut memberi sumbangan peribadi bagi meningkatkan impaknya.

    NBT Brunei kekal komited dalam usaha CSR, bertekad menyokong masyarakat serta memupuk perubahan positif yang bermakna.

    Pengurusan dan kakitangan NBT menyertai acara amal tersebut. – GAMBAR SERAHAN NBT
    Salah seorang penerima menerima sumbangan dalam acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN NBT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda