Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    NBT Brunei pacu kemampanan inisiatif Solar PV

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – NBT Brunei menandakan kejayaan pemasangan sistem solar PV menerusi Inisiatif Inchcape Brunei Solar Panel di mana inisiatif berkenaan mengetengahkan komitmen NBT kepada perjalanan kemampanan jangka panjang serta amalan perniagaan bertanggungjawab sebagai syarikat automotif pertama di Brunei untuk pemasangan panel solar atas bumbung di premis mereka.

    Sehubungan dengan itu, untuk meraikan mercu tanda berkenaan, acara istimewa telah diadakan di Dewan Pameran Lexus Brunei, hari ini.

    Acara istimewa berkenaan disaksikan oleh Presiden Inchcape Brunei, Haji Ahmad bin Haji Husin, Penolong Pengarah Bahagian Peralihan Tenaga, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Salam bin Haji Abdul Wahab, pegawai-pegawai kerajaan, pengurusan kanan Inchcape Brunei dan pasukan kepimpinan serta jemputan khas.

    Di majlis itu, Timbalan Naib Presiden Inchcape Brunei, Muhd Clovien bin Abdullah Timpoh dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan pihaknya amat berbesar hati atas pencapaian mercu tanda dalam kejayaan mengintegrasikan tenaga solar dalam operasi mereka di mana ia merupakan langkah signifikan dalam komitmen berterusan kepada promosi dan amalan kemampanan alam sekitar.

    Beliau seterusnya menjelaskan, ia merupakan sebahagian daripada perjalanan yang panjang di mana mereka akan terus memimpin secara teladan dalam amalan kemampanan dan teknologi hijau, serta untuk meningkatkan penglibatan dan kesedaran dalam kalangan kakitangan, pelanggan dan orang ramai.

    Sistem solar PV berkenaan telah dipasang di 2 lokasi utama iaitu di Lexus Showroom & Service Centre di Gadong, sebanyak 144 panel dan di Toyota Showroom & Service Centre di Beribi, sebanyak 224 panel.

    Pemasangan itu akan menjana sejumlah besar tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan pelepasan karbon dioksida dengan anggaran 100 hingga 156 tan metrik.

    Dengan memasukkan tenaga suria ke dalam operasi harian mereka, inisiatif itu juga bertujuan untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan tenaga.

    Di samping matlamat alam sekitar, inisiatif itu adalah sejajar dengan matlamat kelestarian Negara Brunei Darussalam dan Wawasan Brunei 2035.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN NBT

    Komitmen NBT Brunei terhadap kelestarian bermula lebih sedekad yang lalu di mana sejak itu, mereka telah berada di barisan hadapan dalam inovasi hibrid, dengan bangganya memimpin sebagai Home of EV Hibrid dengan lebih 1,000 kenderaan hibrid terjual.

    Rangkaian model hibridnya memberikan pelepasan yang lebih rendah dan kecekapan bahan api yang lebih tinggi, menawarkan pelanggan cara yang lebih bijak dan lebih mampan untuk memandu.

    Pelaburan solar dan kepimpinan hibrid mereka itu berjalan seiring di mana ia mencerminkan janjinya untuk memacu inovasi, melindungi alam sekitar dan membentuk masa depan yang lebih bersih dan mampan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda