Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Dalam sama-sama meraikan dan berkongsi keriangan pada perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) ini, NBT (B) Sdn Bhd telah mengadakan Rumah Terbuka TBC Toyota Brunei di cawangan-cawangan Toyota iaitu di Gadong, Bunut dan Kuala Belait, hari ini.
Hadir pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran NBT Toyota, Gadong ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin; Pengurus Sumber-sumber Manusia NBT, Pengiran Mohd Amirul Asmawiee bin Pengiran Haji Sabtu; Pengurus Kewangan Kanan NBT, Leong Nyuk Yen; Pengurus Peralatan (Parts) NBT, Yong Kok Wah; dan Pengurus Bilik Pameran NBT Gadong, Anderson Lim.
Tujuan sambutan itu diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan, selain memeriahkan lagi acara sambutan dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakan-rakan dan kakitangan.
