Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – NBT (B) Sdn Bhd hari ini mengadakan cabutan hadiah promosi Sure Win pusingan terakhir untuk 59 pelanggannya yang membeli mana-mana kenderaan modal Toyota dari 27 sehingga 30 November 2019.
Daripada jumlah itu, hanya seorang iaitu Awang Muhammad Faisal bin Haji Yaakob berjaya memilih sampul mengandungi baucar membeli-belah bernilai $1,000.
Awang Muhammad Faisal sebelum ini membeli kereta Toyota Alphard.
Cabutan hadiah ini adalah sebagai tanda penghargaan NBT kepada pelanggannya yang memberi sokongan berterusan bagi menjadikan Toyota sebagai jenama pilihan nombor satu mereka.
Promosi ini menawarkan hadiah baucar membeli-belah bernilai $2,000; $1,000; $500 dan $100 selain baucar petrol bernilai $50 dan $30.
