Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Lima pemenang telah diumumkan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Wear House OOTD Wigo hari ini yang dianjurkan oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Toyota di Negara Brunei Darussalam.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah wakil dari NBT, Raghadah Agus.
Tempat pertama dimenangi oleh Dayang Alya Aufa, yang membawa pulang hadiah bernilai $300, diikuti Little Nana, Jaletios, Lala Syafiqah dan Nani yang masing-masing memenangi hadiah wang tunai $200, $100, $50 dan $50.
NBT Brunei telah mengadakan peraduan Wear House OOTD Wigo bersempena dengan pameran barisan model Toyota yang berlangsung di Warehouse Market baru-baru ini.
Selain itu, NBT Brunei juga telah mempamerkan tiga model terbaharu dalam barisan model Toyota bagi tahun 2020.
Antaranya Toyota Noah, Toyota Cross dan Toyota Wigo.
