Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    NCT buat kejutan untuk peminat, belanja satu restoran

    Selepas mengadakan konsert, kumpulan NCT mencuri perhatian ramai apabila membayar semua bil makanan pengunjung di sebuah restoran terkenal.

    Memetik laporan Mothership, tiga anggota kumpulan NCT iaitu Renjun, Haechan, dan Jaemin dilihat menikmati makan malam di restoran hotpot terkenal Haidilao cawangan Marina Bay Sands selepas acara konsert selesai.

    Namun, apa yang lebih mengejutkan ramai apabila kumpulan K-pop berkenaan membayar semua bil makanan dipesan pelanggan yang juga merupakan peminat setia mereka.

    Menerusi video tular di media sosial, Haechan dan Jaemin dilihat keluar dari restoran Haidilao sambil memegang resit pembayaran yang panjang dan tersenyum mesra kepada peminat yang merakam aksi mereka.

    Malah kesemua anggota kumpulan itu turut melambai dan mengangguk sebagai tanda menghargai sokongan para peminat.

    Dalam pada itu, pihak restoran turut mengesahkan perkara itu dalam sebuah hantaran di Instagram dan meluahkan rasa bangga atas kunjungan penyanyi terkenal Korea Selatan itu.

    “Kami berasa sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka di restoran kami. Ahli NCT Dream juga membuat keputusan untuk membayar keseluruhan bil malam itu setelah mengetahui bahawa semua pengunjung yang makan adalah peminat mereka,” tulis kenyataan itu.

    Sikap pemurah anggota NCT Dream ini terus menjadi bualan warganet yang rata-ratanya memuji sifat rendah hati kumpulan berkenaan yang sentiasa menghargai peminat mereka.

    “Mereka bukan saja berbakat, tetapi berjiwa besar; Untungnya peminat NCT dapat makan percuma,” tulis warganet.

    Sikap murah hati NCT menerima pujian ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda