Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    NCT terima kunjungan BCC dari Sabah

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Kumpulan Berbasikal Nice (NCT) baru-baru ini menerima kunjungan muhibah daripada Kelab Berbasikal Benoni (BCC) dari Papar, Sabah, dalam usaha mengeratkan silaturahim dan berkongsi pengalaman antara kedua-dua kelab.

    Rombongan seramai 14 orang itu diketuai oleh Presiden BCC, Haji Abdul Wahab bin Amp Haji Hamzah. Mereka berada di Brunei dari 1 hingga 2 Februari dan disambut mesra oleh Pengerusi NCT, Haji Aminuddin bin Haji Abdul Karim.

    Pada hari pertama lawatan, rombongan dibawa melawat Kampong Ayer dengan menaiki dua buah perahu khas. Perjalanan bermula dan berakhir di jeti penurunan Dermaga Diraja.

    Mereka berpeluang menikmati pemandangan sekitar Kampong Ayer, termasuk Kampung Saba, Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, dan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

    Lawatan itu turut disertai sesi bergambar kenang-kenangan. Pada sebelah malam, mereka diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh NCT.

    Keesokan harinya, aktiviti kayuhan santai diadakan melibatkan ahli NCT dan BCC. Acara itu turut disertai peserta daripada pasukan ACT, BKC, Knight Rider, serta beberapa peserta lain yang memeriahkan kayuhan.

    Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli kelab dari Brunei dan Sabah serta menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman dalam sukan berbasikal.

    Ahli-ahli NCT dan BCC bergambar ramai bersama peserta lain yang menyertai acara kayuhan santai berbasikal yang diadakan pada 2 Februari.- GAMBAR SERAHAN NCT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda