Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ne-Yo bakal kembali ke Malaysia

    Selepas 12 tahun, akhirnya bintang R&B terkemuka, Ne-Yo kembali ke Malaysia bagi menganjurkan Konsert Ne-Yo Live In Malaysia di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Januari tahun depan.

    Kehadiran penyanyi berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu sudah pasti dinantikan peminatnya.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, beliau berharap konsert Ne-Yo Live In Malaysia dapat mengimbau semula kenangan ketika lagu-lagu nyanyian Ne-Yo menjadi fenomena.

    “Kami berharap peminat Ne-Yo yang lahir pada 1990an dan 2000 akan hadir menyaksikan persembahannya. Ne-Yo adalah salah seorang penyanyi popular ketika itu.

    “Kami yakin konsert ini bakal mengimbau semula kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu bergenre soul yang sinonim dengan Ne-Yo,” katanya.

    Ne-Yo pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan global menerusi pelbagai lagu yang dihasilkan sejak mula bertapak pada 1990an.

    Penganjur bersama yang juga pengasas Happymoon, Kesavan Purusotman berkata, dia mahu memanfaatkan peluang keemasan sebaik mungkin dan percaya peminat merindui Ne-Yo.

    “Kita semua membesar dengan lagu nyanyian Ne-Yo yang begitu dekat di hati. Gerak tarinya mengasyikkan dan kini Ne-Yo kembali aktif mengadakan siri jelajah konsert. Kami tidak mahu melepaskan peluang membawa Ne-Yo selepas konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun lalu,” katanya.

    Ne-Yo terkenal menerusi lagu Miss Indipendent, Because Of You, So Sick, Mad, One In A Million, She Knows, Closer, Time Of Our Lives dan Let Me Love You.

    Malah, Ne-Yo pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan global menerusi pelbagai lagu yang dihasilkan sejak mula bertapak pada 1990an. – Agensi

    Kehadiran Ne-Yo sudah pasti dinantikan peminatnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda