ABIKO, JEPUN, 5 OGOS – Pengilang elektronik Jepun, NEC Corp hari ini menunjukkan sebuah ‘kereta terbang’ iaitu mesin besar seperti dron dengan empat bilah kipas yang terapung berterusan selama kira-kira satu minit.
Penerbangan ujian itu mencecah tiga meter tinggi (10 kaki) yang diadakan dalam kurungan besar sebagai langkah keselamatan, di sebuah kemudahan NEC di sub bandar Tokyo.
Persiapan ujian itu termasuk pemeriksaan berulang kali ke atas mesin tersebut dan amaran kepada para wartawan untuk memakai helmet yang mengambil masa lebih daripada dua demonstrasi ringkas.
Kerajaan Jepun yang terlibat dalam kereta terbang itu mempunyai matlamat agar orang ramai dapat menggunakannya menjelang 2030.
Projek-projek pembinaan kereta terbang juga sedang dilaksanakan di seluruh dunia, seperti Uber Air oleh AS.
NEC antara lebih 80 syarikat penaja bagi kereta terbang Cartivator, yang juga termasuk syarikat kumpulan Toyota Motor Corp dan syarikat permainan video, Bandai Namco Holdings.
Para pegawai NEC berkata kereta terbang mereka direka untuk penerbangan tanpa manusia untuk penghantaran namun menggunakan teknologi syarikat dalam operasi lainnya seperti perjalanan angkasa dan keselamatan siber.
Sering digelar EVtol, kereta terbang itu ditakrifkan sebagai sebuah pesawat udara elektrik atau elektrik hibrid, dengan keupayaan tanpa pemandu, yang boleh mendarat dan berlepas secara vertikal. – AP
