TOKYO, 28 JUN – Dengan tekanan yang semakin meningkat terhadap Huawei China dari segi pengembangan rangkaian 5G, kini mungkin sudah waktunya syarikat seperti NEC Jepun dan Samsung Korea Selatan pula untuk menyinar. Washington telah mendorong sekutu untuk mengekang syarikat gergasi telekomunikasi China Huawei, daripada membina rangkaian mudah alih, dengan mendakwa peralatannya dapat digunakan untuk mengintip