Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa bukan lagi duta Swarovski

    Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, 32, menjelaskan dirinya bukan lagi duta jenama aksesori mewah antarabangsa, Swarovski.

    Melalui ciapan di Twitter, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, memberitahu kontraknya bersama Swarovski tamat, Disember lalu.

    “Salam. Kontrak saya bersama Swarovski berakhir pada Disember 2020.

    “Tetapi kami mempunyai hubungan yang baik dan kekal seperti itu. Harap ini menjelaskan,” katanya.

    Kenyataan ringkas Neelofa ini dipercayai berpunca ciapan seorang pengguna Twitter yang menyentuh soal kontrak Neelofa bersama jenama berkenaan, sambil merujuk kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan selebriti itu.

    Bersama ciapan itu, pengguna terbabit turut memaklumkan Swarovski dengan meletakkan ‘tagged’ pada akaun syarikat berkenaan.

    Jenama aksesori mewah itu kemudian melayangkan jawapan berbunyi:

    “Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak lagi bekerja dengan Neelofa.” Neelofa mengikat kontrak bersama Swarovski pada 2018.

    Selasa lalu, Neelofa dan suami, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP PKPB membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri. – Agensi

    Neelofa menjelaskan dirinya bukan lagi duta Swarovski melalui catatan dalam akaun Twitter. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda