Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Neelofa elak anak kena kerumun?

    Tetap dengan pendirian, selebriti terkenal Noor Neelofa menganggap mana-mana pihak yang mengkritik tindakannya menutup wajah anak seperti tidak mempercayai kewujudan penyakit ‘ain.

    Neelofa, 33, menjelaskan dia dan suaminya iaitu pendakwah Haris Ismail atau PU Riz tetap mahu mengutamakan kesihatan anak mereka, Muhammad Bilal biarpun dikecam warganet.

    “Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, seolah-olah mereka memain-mainkan kewujudan ‘ain’ la. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

    “Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi perkara itu mungkin boleh melangkaui takdir.

    “Saya tetap akan buat (tutup wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak,” kata Neelofa kepada wartawan.

    Neelofa masih tetap dengan pendiriannya. – Agensi

    Bekas pengacara program MeleTOP itu ditemui di majlis pelancaran produk keluarannya di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

    Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).

    Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia juga mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak lain dan akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila tiba masa yang sesuai.

    “Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

    “Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” ujarnya.

    Meski ada yang kecam pendirian tersebut, terdapat segelintir yang menyokong apa yang dilakukan usahawan itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...