Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa enggan ulas isu Nabila, Engku Emran

    Selebriti popular, Neelofa enggan mengulas dakwaan kakaknya, Noor Nabila dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin bercerai.

    Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia menghormati privasi Noor Nabila dan tidak mahu memberikan komen yang boleh memburukkan keadaan.

    “Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik, saya mendoakan yang terbaik sahaja.

    “Sebagai adik-beradik, sudah tentu saya tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya kepada BH Online.

    Neelofa menjawab pertanyaan media mengenai kegoyahan rumah tangga kakaknya pada majlis pelancaran sebuah koleksi di KL East Mall, baru-baru ini.

    Terdahulu, media melaporkan rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran didakwa retak menanti belah.

    Sumber rapat kepada pasangan itu mendakwa, Noor Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

    Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

    Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

    Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden. – Agensi

    Neelofa hormati privasi Noor Nabila dan tidak mahu memberikan komen yang boleh memburukkan keadaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda