Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa ingin berdamai dengan Fazura

    Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa berlapang dada untuk berdamai dengan rakan artis, Nur Fazura kerana sudah penat melalui dakwaan konflik hubungan dingin yang berpanjangan.

    Menurut Neelofa, 34, sudah tiba masanya situasi berkenaan diletakkan titik nokhtah kerana sudah berbelas tahun peminat masing-masing sering mengeluarkan reaksi pelbagai hingga berbalah, kongsi Media Hiburan.

    “Bila saya fikir balik, sudah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

    “Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

    “Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” katanya.

    Neelofa mengakhiri konflik lama dengan Fazura. – MH

    Hos Next To Neelofa itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Air Minuman Moma x Neelofa di Le Meridien Hotel, kelmarin.

    Tambahnya lagi, masing masing kini pun telah berkeluarga.

    “Saya percaya, dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

    “Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami.

    Ditanya sama ada Neelofa sedia untuk bertemu empat mata dengan isteri kepada Fattah Amin, katanya; I would love to meet her, katanya.

    Terdahulu, kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda