Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa kesal dilarang pantau guna CCTV

    Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa ada menyuarakan rasa kesal apabila pengurusan sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.

    Mengulas mengenai perkara tersebut, Neelofa menjelaskan dia sebenarnya trauma selepas melihat banyak tragedi melibatkan anak kecil di taska yang tular di media sosial.

    “Saya tahu perkara tersebut telah mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Apa yang saya luahkan itu hanyalah perkongsian daripada seorang ibu. Sama seperti ibu-ibu lain di luar sana.

    “Sejak akhir-akhir ini, kita sangat trauma selepas melihat banyak video viral me-ngenai anak kecil di taska.

    “Kalau lalu di media sosial, saya tak sanggup nak tengok. Saya minta agar perkara seperti itu dijauhkan daripada kita semua,” katanya kepada Media Hiburan.

    Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis perlancaran produk Nealofar X Disney yang berlangsung di IOI Putrajaya baru-baru ini.

    Jelas Neelofa lagi, pihak taksa sepatutnya melihat perkara ini sebagai salah satu daya penarik sekiranya mereka menyediakan kemudahan tersebut.

    “Apa yang saya suarakan itu, walaupun ada yang boleh terima dan tidak, sepatutnya CCTV itu boleh menjadi selling point dari sudut pandang pihak taska.

    “Mereka boleh tawarkan kemudahan CCTV itu untuk menarik perhatian lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut,” ulasnya lagi. – Agensi

    Neelofa trauma selepas melihat banyak tragedi melibatkan anak kecil di taska yang tular di media sosial. – MH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda