Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa masih berahsia tentang hamil

    Selebriti popular, Neelofa enggan mengiyakan atau menafikan spekulasi sedang hamil anak kedua seperti dakwaan warganet.

    Sebaliknya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, lebih selesa membiarkan perubahan fizikal menjawab desas-desus mengenai kehamilannya itu.

    “Perkara belum pasti tak perlulah kita hebohkan. Sama seperti perkahwinan dan kelahiran.

    “Saya layan sahaja apa komen orang dan menghargainya. Jika hamil dan nampak perut besar, maksudnya insya-Allah (hamil).

    “Jadi, saya ikut arus sahaja. Jika hamil anak kedua, ketiga atau seterusnya, beginilah pendirian saya,” katanya kepada BH Online.

    Neelofa lebih selesa membiarkan perubahan fizikal menjawab desas-desus mengenai kehamilan anak kedua yang mula diperkatakan warganet. – Agensi

    Neelofa ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama suaminya, PU Riz anjuran Omrah Travel diadakan di sebuah hotel, hari ini.

    Turut menyokong kenyataan isteri, PU Riz turut mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.

    “Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan ini, mesti faham.

    “Bukan mahu menafikan atau mengesahkan. Sebab apa-apa pun berlaku, minta yang terjadi adalah perkara yang terbaik,” ujar PU Riz.

    Terdahulu, desas-desus Neelofa hamil anak kedua mula diperkatakan selepas video yang menampakkan perubahan pada fizikal terutama bahagian perut menjadi tular dalam laman sosial.

    Menerusi video dikongsi pengguna TikTok, Neelofa dilihat memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran anak kesayangannya, Muhammad Bilal, baru-baru ini.

    Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda