Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa, PU Riz ‘panas’ lagi

    Neelofa dan suami, PU Riz sekali lagi menjadi topik hangat dalam kalangan warganet sejak malam tadi, apabila didakwa merentas negeri berpandukan video dikatakan dimuat naik usahawan dan selebriti terbabit.

    Paparan video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

    Bagaimanapun, semakan mendapati, IG Story berkenaan sudah dipadamkan, disyaki selepas mendapat perhatian warganet.

    Neelofa dan PU Riz dikatakan berada di salah sebuah kedai menjual permaidani di lokasi perniagaan popular itu, dalam video dimuat naik.

    Hangat diperkatakan di Twitter, beberapa pengguna laman sosial itu turut mendakwa terlihat pasangan itu di Nilai 3, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi apakah benar Neelofa dan PU Riz, sekali lagi melakukan kesalahan rentas negeri. Warganet membangkitkan apakah benar Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan PU Riz atau nama penuh, Haris Ismail, 26, mengulangi kesalahan rentas negeri tidak sampai seminggu selepas dikenakan kompaun atas kes terdahulu.

    Pada 27 April lalu, iaitu sebulan selepas majlis pernikahan resepsi di sebuah hotel terkemuka di sini, Neelofa dan PU Riz dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

    Seramai 20 ahli keluarga Neelofa turut dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

    Semua individu terbabit dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000. – Agensi

    Neelofa ‘panas’ lagi apabila didakwa warganet melakukan kesalahan merentas negeri dengan berkunjung ke Nilai. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda